Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook Groups Untuk Android Dan iOS

Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook Groups Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada November 19, 2014 oleh .

Facebook sedia menyediakan aplikasi khusus untuk permesejan, dan hari ini mereka turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus memfokuskan kepada Facebook Groups untuk pengguna peranti Android dan juga iOS di seluruh dunia.

Facebook Groups merupakan salah satu fungsi pada Facebook, dimana sejumlah pengguna dengan minat yang sama sering berkongsi info dan pendapat menggunakannya. Ia lebih kurang berfungsi seperti forum, dan pengguna boleh bertukar-tukar pendapat dengan mudah.

Facebook Groups

Facebook Groups

Melalui aplikasi khusus untuknya, kini pengguna boleh mengakses Facebook Groups dengan lebih mudah dan senang berbanding kebiasaan, dan tidak lagi perlu melalui langka yang sukar sekiranya diakses melalui peranti mudah-alih. Anda juga turut dapat melihat notifikasi khusus untuk Facebook Groups pada aplikasi berkenaan. Disamping itu, Facebook turut menyertakan fungsi “Discover” untuk menemui beberapa Groups baru yang selari dengan minat anda.

Muat-Turun Facebook Groups untuk Android

Muat-Turun Facebook Groups untuk iOS


TIPS & ULASAN