Viber Melancarkan Public Chat – Membolehkan Anda Mengikuti Selebriti Dan Jenama

Viber Melancarkan Public Chat – Membolehkan Anda Mengikuti Selebriti Dan Jenama

Diterbitkan pada November 19, 2014 oleh .

Viber merupakan salah satu aplikasi permesejan dan panggilan yang telah ditawarkan sekian lama, dan baru-baru ini telah diambil-alih oleh Rakuten. Hari ini, mereka hadir dengan kemaskini baru untuk aplikasi mereka, dimana salah satu fungsi baru yang ditawarkan bersama-sama dengannya adalah sokongan Public Chat.

Melalui fungsi Public Chat ini, ia akan membolehkan para pengguna awam untuk mengikuti jenama kegemaran mereka, dan melihat apakah yang dibincangkan oleh sesuatu jenama atau selebriti. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna awam untuk mengetahui perancangan akan datang sesuatu jenama atau selebiriti, selain membolehkan mereka mengetahui bagaimanakah mereka beroperasi dan sebagainya. Viber sendiri dilihat mengatakan fungsi ini sebagai sebuah fungsi eksperimental daripada mereka.

Viber Public Chat

Buat masa ini pengguna hanya boleh mengikuti dan melihat interaksi sahaja. Viber mengatakan mereka akan mengaktifkan fungsi komentar untuk pengguna turut berinteraksi dan memberikan pendapat kepada sesuatu jenama atau selebriti – tetapi fungsi tersebut hanya akan hadir selepas ini.

Fungsi ini ditawarkan untuk pengguna aplikasi Viber di iOS dan juga Android sahaja. Selain pada aplikasi, pihak Viber turut menyediakan sebuah URL khusus untuk setiap jenama dan selebriti menggunakan Public Chat ini.

Pihak Viber turut menjadualkan sebuah acara khusus pada petang ini di Malaysia, dan mungkin kita akan dapat melihat perkongsian mereka mengenai perancangan dan selebriti serta jenama di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Muat-Turun Viber untuk iOS

Muat-Turun Viber untuk Android


TIPS & ULASAN