Twitter Kini Membolehkan Anda Membuat Carian Pada Keseluruhan Arkib Tweet Awam

Twitter Kini Membolehkan Anda Membuat Carian Pada Keseluruhan Arkib Tweet Awam

Diterbitkan pada November 19, 2014 oleh .

TwitterTwitter sedia menyertakan fungsi carian, tetapi ia tidak membuat carian sehinggalah tahun 2006, sebaliknya hanya untuk beberapa tahun yang lepas sahaja. Kini, ia berubah, dan Twitter mengatakan pengguna boleh membuat carian melibatkan sehingga Tweet pertama yang dihantar.

Untuk carian biasa, pihak Twitter dilihat akan memperlihatkan hasil berasaskan carian masa-nyata, sementara untuk Advanced Search, pengguna boleh menetapkan jurang tarikh yang diinginkan, dan pihak Twitter akan memperlihatkan hasil daripada tarikh tersebut.

Pengenalan ini sekaligus membolehkan orang ramai mengakses data-data lama dan membuat perbandingan bagaimana keadaan berubah. Sebagai contoh, pengguna boleh membuat carian untuk dua acara berbeza – seperti Pilihanraya, Sukan, dan sebagainya, dan membandingkan ia dengan perubahan masa sekarang, serta lain-lain.

Layari : Twitter Advanced Search


TIPS & ULASAN