Jolla telah dimulakan oleh pasukan disebalik Nokia MeeGo, dan mereka telah memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri sebelum ini, dinamakan sebagai Jolla dan menjalankan sistem operasi Sailfish OS 2.0.
Kini, Jolla mengumumkan tablet mereka tersendiri, dinamakan sebagai Jolla Tablet dan dilengkapi dengan Sailfish 2.0. Mereka mengumpulkan dana mereka untuk pembangunannya melalui IndieGogo.
Ia membawakan fungsi yang menyerupai Sailfish pada telefon, tetapi dengan pelbagai penambah-baikkan khusus untuk tablet. Jolla Tablet turut hadir dengan sokongan multi-tasking, membolehkan pengguna melihat kesemua aplikasi yang sedang berjalan di lokasi yang sama dan melihat apa yang sedang berlaku. Ia masih kekal menggunakan sokongan gestures, dan hadir dengan sokongan aplikasi Android.
Dari segi spesifikasi, Jolla Tablet ini bakal menyertakan cip pemprosesan 64-bit Intel, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 32GB, skrin bersaiz 7.85-inci dengan paparan 2K, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan bateri berkapasiti 4300mAh.
Melalui kempen di IndieGogo, pihak Jolla mengumpulkan dana untuknya. Berbeza dengan Ubuntu Edge, pihak Jolla hanya meletakkan sasaran yang rendah, dan tablet tersebut ditawarkan pada harga $189 (untuk 1000 orang pertama).
- Layari : Jolla Tablet di IndieGogo