Pengasas WhatsApp Menyumbang $1 Juta Kepada FreeBSD

Pengasas WhatsApp Menyumbang $1 Juta Kepada FreeBSD

Diterbitkan pada November 19, 2014 oleh .

FreeBSDFreeBSD merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang digunakan pada pelayan, desktop dan pelbagai platform. Ia sedia membantu pelbagai individu dan organisasi, dan pengasas WhatsApp merupakan salah seorang daripadanya.

Berkongsi kisah mengenainya, Jan Koum mengatakan FreeBSD telah digunakan beliau sejak penghujung 90-an yang mana membolehkan beliau mendapat kerja di Yahoo!. Selepas itu, ketika membangunkan WhatsApp, Jan Koum turut menggunakan FreeBSD untuk menjana pelayan mereka.

Dengan pelbagai sumbangan kepada beliau, Jan Koum turut mengumumkan yang mana beliau telah menyumbang sebanyak $1 juta kepada FreeBSD Foundation dalam terus membangunkan projek mereka dan membantu yang lain.

Bagi anda yang ingin mencuba FreeBSD, boleh memuat-turun ia hari ini dan mencubanya pada komputer anda.


TIPS & ULASAN