Cari @ Amanz

Google Chrome LogoGoogle hari ini telah mengemaskini saluran stabil untuk pelayar web Chrome, dimana melalui kemaskini baru, ia menyertakan Chrome 39 kepada para pengguna seluruh dunia. Kemaskini ini hadir kepada pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Menjadi fokus utama pada kemaskini ini adalah sokongan 64-bit untuk pengguna Mac, sekaligus membawakan sekuriti dan kestabilan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Google telah memperkenalkan sokongan 64-bit untuk Windows pada versi sebelum ini.

Selain daripada itu, Google turut mengatakan Chrome 39 menyertakan pelbagai kemaskini kestabilan dan prestasi, disamping menyertakan API baru untuk para pembangun aplikasi dan pemalam.

Pengguna Chrome akan menerima kemaskini ini secara automatik, sementara pengguna baru boleh memuat-turun ia secara percuma di laman rasmi Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd