Google Kini Memaparkan Sama Ada Sesuatu Web Serasi Skrin Peranti Mudah-Alih Atau Sebaliknya

Google Kini Memaparkan Sama Ada Sesuatu Web Serasi Skrin Peranti Mudah-Alih Atau Sebaliknya

Diterbitkan pada November 20, 2014 oleh .

Dengan lebih ramai pengguna peranti mudah-alih dari hari ke hari yang menggunakannya untuk mengakses internet, semestinya anda mungkin ingin mengetahui sama ada sesuatu web itu dioptimasikan untuk peranti mudah-alih ataupun sebaliknya. Kini, pihak Google memudahkan perkara tersebut dengan memperlihatkan ia pada hasil carian.

Google Search

Pada hasil carian yang digunakan, kini Google memaparkan sama ada sesuatu web itu mesra skrin peranti mudah-alih ataupun sebaliknya. Sekiranya ya, ia memaparkan notis “Mobile Friendly” pada hasil carian, dan sekiranya tidak tiada sebarang perkara yang dipaparkan.

Perkara ini juga mungkin akan mendorong lebih banyak web untuk mengimplementasikan sokongan untuk skrin peranti mudah-alih, apatah lagi dengan penawaran Google sendiri dengan beberapa kemudahan untuknya.


TIPS & ULASAN