Telegram 2.0 Hadir Dengan Fungsi Menyembunyikan “Last Seen”, Kemudahan Memadam Akaun

Telegram 2.0 Hadir Dengan Fungsi Menyembunyikan “Last Seen”, Kemudahan Memadam Akaun

Diterbitkan pada November 20, 2014 oleh .

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan dengan penawaran lebih kurang sama menyerupai WhatsApp. Terkini, hari ini pembangunnya menerbitkan Telegram 2.0 untuk pengguna Android dan juga iPhone, menawarkan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Telegram 2.0 hadir dengan kebolehan untuk pengguna menyembunyikan status “Last Seen”, disamping turut menawarkan kebolehan untuk memadam akaun selepas suatu tempoh masa. Sekiranya anda tidak log masuk ke Telegram dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan, keseluruhan data anda akan terpadam. Pengguna turut boleh menetapkan jangka masa tersendiri antara 1 bulan ke setahun pada bahagian tetapan.

Telegram 2.0

Khusus untuk pengguna Android, Telegram 2.0 turut hadir dengan antaramuka Material Design – selari dengan pengenalan Android 5.0 Lolipop.

Untuk pengguna iOS pula, pihak Telegram menyertakan integrasi Giphy, membolehkan pengguna membuat carian imej animasi GIF dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Disamping itu, sekiranya pautan YouTube atau Instagram dikongsikan, Telegram kini akan memaparkan sebuah imej preview untuk memudahkan anda melihat kandungan tanpa perlu membuka pautan tersebut.

Muat-Turun Telegram untuk Android

Muat-Turun Telegram untuk iOS


TIPS & ULASAN