Microsoft Lumia 535 Akan Hadir Ke Malaysia Sebelum Hari Natal

Microsoft Lumia 535 Akan Hadir Ke Malaysia Sebelum Hari Natal

Diterbitkan pada November 20, 2014 oleh .

Microsoft telah mengumumkan Lumia 535 baru-baru ini, dan nampaknya ia akan memasuki pasaran Malaysia lebih pantas berbanding pengenalan peranti Lumia sebelum ini. Lumia 535 bakal memasuki pasaran Malaysia sebelum hari Natal 2014 ini.

DSC_0443

Lumia 535 merupakan peranti mampu-milik untuk Windows Phone daripada dengan penjenamaan Microsoft – menggantikan penggunaan jenama Nokia sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras, kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM serta ruangan kad-SD. Bateri belakangnya boleh ditanggalkan. Ia dilengkapi dengan Windows Phone versi terkini, membawakan fungsi seperti Action Center, Cortana (yang perlu diaktifkan secara manual), dan beberapa fungsi lain.

Lumia 535

DSC_0404

Mengikut apa yang diperlihatkan Microsoft Malaysia, ia hadir dalam pilihan warna cyan, hijau, jingga, kelabu, hitam, putih dan juga hitam. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi dan dijangka akan dikongsikan Microsoft tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN