Meizu merupakan satu lagi pengeluar peranti dari China yang turut memperluaskan tawaran mereka ke Malaysia. Peranti pertama yang akan ditawarkan secara rasmi oleh Meizu di Malaysia adalah Meizu MX4 dan akan dijual di Malaysia bermula 28 November kelak.
Untuk mereka yang berminat, pihak Meizu telah memulakan proses pra-tempahan untuk peranti mereka itu, dimana ia ditawarkan pada harga tawaran RM1099 untuk versi 16GB.
Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin bersaiz 5.36-inci, cip lapan-teras MediaTek, kamera 20.7-megapixel pada bahagian belakang, kamera hadapan 2.1-megapixel, menggunakan Android 4.4 KitKat. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan rakaman video 4K dan juga sokongan LTE.
Jadi, pada harga rendah ini, mungkinkah ia akan terus memberikan saingan kepada pengeluar-pengeluar peranti yang lain?
- Pra-Tempah Meizu MX4