Cari @ Amanz

MaybankMaybank merupakan salah satu perkhidmatan perbankan yang digunakan meluas oleh para pengguna tempatan, dan kini mereka telah memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai M2U Visa Direct.

Perkhidmatan ini dibawakan dengan kerjasama pihak Visa, dan ditujukan kepada pengguna Maybank2U. M2U Visa Direct ini membolehkan para pengguna untuk membuat pindahan wang dari akaun simpanan atau semasa di Maybank2U ke akaun pemegang kad Visa di lebih 200 buah negara.

Pengguna hanya perlu memasuki laman perbankan Maybank2U, dan kemudian memilih “Transfer” untuk memulakan pemindahan. Sebaik sahaja anda membuat pemindahan, pengguna kad Visa tersebut akan menerimanya dan mengeluarkan wang tersebut melalui ATM atau menggunakan wang tersebut untuk pembayaran akaun mereka.

Maybank mengenakan caj sebanyak RM10 untuk tujuan transaksi tersebut, dan pengguna boleh membuat pindahan wang antara RM300 ke RM7,500 sehari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd