AMD Mengumumkan Cip APU “Carrizo” – Jimat Tenaga, Menyokong 4K, DirectX 12

AMD Mengumumkan Cip APU “Carrizo” – Jimat Tenaga, Menyokong 4K, DirectX 12

Diterbitkan pada November 20, 2014 oleh .

AMD hari ini secara rasminya memperkenalkan cip AMD Mobile APU mereka yang terbaru untuk tahun 2015, dikenali dengan nama kod “Carrizo”. Cip baru ini dilihat memfokuskan kepada prestasi pemprosesan yang lebih baik, disamping menjimatkan penggunaan tenaga dan beroperasi dengan lebih efisyen.

Menurut AMD, cip baru ini direkabentuk dengan fokus untuk gaming, produktiviti, dan turut hadir dengan sokongan 4K bersama-sama dengannya. AMD turut mengatakan yang mana cip ini menyokong DirectX 12, OpenCL 2.0, AMD Mantle API, AMD FreeSync, dan turut dioptimasikan untuk sistem operasi Windows 10 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Untuk makluman, cip APU merupakan gabungan cip pemprosesan dan juga kad grafik. Untuk Carrizo, ia mengintegrasikan CPU x86 terbru dengan nama kod “Excavator” bersama-sama dengan AMD Radeon generasi baru yang mesra HSA 1.0 (Heterogeneous Systems Architecture). Sementara “Carrizo-L” pula mengintegrasikan CPU “Puma+” bersama-sama dengan AMD Radeon R-Series GCN GPU.

Cip Carrizo ini dijangka akan hadir pada suku pertama 2015, dan komputer riba menggunakannya akan hadir pada pertengahan tahun 2015 kelak. Bersama-sama pengumuman ini, pihak AMD turut mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk meningkatkan kadar efisyen APU mereka sehingga 25x menjelang 2020.


TIPS & ULASAN