Saintis British Mengumpulkan Dana Menggunakan Kickstarter Untuk Misi Ke Bulan

Saintis British Mengumpulkan Dana Menggunakan Kickstarter Untuk Misi Ke Bulan

Diterbitkan pada November 20, 2014 oleh .

Kickstarter sedia digunakan untuk mengumpulkan dana untuk pelbagai projek menarik, dan kini sekumpulan saintis dari British mula mengumpulkan dana menggunakan Kickstarter untuk misi mereka ke bulan.

Pengumpulan dana ini merupakan sebahagian daripada fasa sebelum mereka menghantar kapal angkasa ke bulan dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.

Melalui misi ini, mereka ingin menghantar robot dalam menjelajah beberapa bahagian bulan yang masih belum diteroka, disamping membuat beberapa kajian termasuk menggali untuk melihat perubahan permukaan bulan.

Disamping itu, misi yang dinamakan sebagai “Lunar Mission One” ini juga turut ingin meninggalkan sebuah kapsul masa yang mengandungi beberapa data digital termasuk sejarah dan sebagainya di sana.

Misi teroka bulan memakan dana yang tinggi, dan ia dikatakan kerajaan berkira-kira untuk membelanjakan wang ke arah misi tersebut. Oleh kerana itu, mereka terlebih dahulu mengumpulkan dana untuk memulakan projek ini, dan bakal berkongsi mengenai tarikh pelancaran dan kos keseluruhan misi tersebut menjelang 2017.

Misi Rosetta untuk mendarat di komet untuk mengumpul beberapa data dilihat sebagai salah satu pendorong untuk menjayakan misi ke bulan ini.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak £230,287 telah dikumpulkan daripada sasaran sebanyak £600,000. Dengan berbaki lebih kurang 27 hari lagi, tidak mustahil untuk projek Kickstarter ini mengumpulkan dana penuh untuk memulakan fasa awal projek ini. Ia dijangka akan dilancarkan ke bulan pada 2024 kelak.

Bacaan Lanjut : Lunar Mission One


TIPS & ULASAN