Honor Bakal Hadir Dengan Kaca Mata Pintar Tidak Lama Lagi?

Honor Bakal Hadir Dengan Kaca Mata Pintar Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada November 21, 2014 oleh .

Honor SmartglassHonor merupakan salah satu jenama dibawah Huawei dengan fokus untuk jualan peranti pada harga rendah dan menjualnya terus kepada pelanggan melalui laman e-dagang. Mereka sedia mempunyai beberapa telefon dan sebuah tablet. Kini, mereka dilihat turut akan hadir dengan sebuah kaca mata pintar tidak lama lagi.

Kaca Mata Pintar Honor berkemungkinan meminjamkan teknologi daripada Lumus, yang mana akan memudahkan pengguna untuk melihat pada kandungan pada kaca mata tanpa menyakitkan mata.

Kaca mata yang diperlihatkan Honor tersebut dilihat menyerupai Lumus DK-40, dimana sekiranya Honor melesenkan ia dengan jenama mereka, maka kaca mata pintar tersebut akan hadir dengan paparan 720p, kamera hadapan 5-megapixel, dan menggunakan Android 4.4 KitKat.

Honor menjadualkan acara pengumuman pada 24 November, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN