Google Memperkenalkan Contributor – Membolehkan Pembaca Menyumbang Kepada Penerbit Kandungan

Google Memperkenalkan Contributor – Membolehkan Pembaca Menyumbang Kepada Penerbit Kandungan

Diterbitkan pada November 21, 2014 oleh .

Google hari ini memperkenalkan sebuah fungsi baru mengkhususkan kepada penerbit kandungan, dikenali sebagai Contributor. Melaluinya, secara kasarnya, Google dilihat ingin membantu penerbit kandungan dengan membolehkan para pembaca mereka menyumbang untuk web yang diminati oleh mereka.

Google Contributor

Google Contributor ini masih pada peringkat ujian tertutup, dan pengguna memerlukan jemputan sama ada untuk menyumbang mahupun untuk menyenaraikan web mereka untuk menerima sumbangan.

Menggunakannya, seseorang pengguna atau pembaca boleh membuat sumbangan bulanan untuk sesuatu web yang diminati mereka dengan pilihan antara $1 ke $3 sebulan. Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada penerbit kandungan, dan menariknya apabila pengguna tersebut melayari web yang menerima sumbangan tersebut, mereka akan diperlihakan dengan mesej terima kasih berbanding memperlihatkan iklan di ruangan pengiklanan.

Untuk pemilik web pula, mereka akan menerima pembayaran melalui pembayaran AdSense seperti biasa.

Pengenalan ini juga dilihat akan membolehkan lebih ramai penerbit kandungan hadir dan menjana wang pendapatan tambahan berbanding hanya bergantung kepada pengiklanan sahaja.

Buat masa ini, hanya beberapa web sahaja yang tersenarai menggunakannya, termasuk Mashable, The Onion dan juga Science Daily.


TIPS & ULASAN