Foxconn Ingin Membina Kilang Bernilai $2.6 Bilion Di Taiwan Dengan Fokus Khusus Untuk Apple

Foxconn Ingin Membina Kilang Bernilai $2.6 Bilion Di Taiwan Dengan Fokus Khusus Untuk Apple

Diterbitkan pada November 21, 2014 oleh .

Innolux, salah satu subsidiari dibawah Foxconn yang memfokuskan kepada pengeluaran panel paparan kini dilaporkan akan melaburkan sehingga $2.6 Bilion dalam mebina sebuah kilang baru di Taiwan.

Melalui pembinaan kilang baru ini, ia dikatakan akan meningkatkan pengeluaran skrin paparan oleh mereka. Mengikut laporan awal, kilang tersebut dikatakan akan eksklusif untuk Apple, sekaligus membolehkan mereka memenuhi permintaan yang tinggi untuk pengeluaran peranti Apple.

Seperti semua sedia maklum, peranti Apple mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran, dan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh Apple adalah memenuhi permintaan disebabkan kapasiti pengeluaran yang tidak mencukupi. Apple sedia mempunyai kerjasama eksklusif dengan beberapa pengeluar komponen.

Innolux bakal membina kilang pengeluaran baru ini di Taiwan dan dijangka akan mengambil lebih kurang 2,300 pekerja untuknya. Pengeluaran untuk panel skrin dijangka akan bermula di kilang tersebut bermula 2015 kelak.


TIPS & ULASAN