Cari @ Amanz

BlackBerry pada tahun ini telah hadir dengan telefon pintar BlackBerry Passport yang memfokuskan kepada peranti dengan papan kekunci fizikal. Selain Passport, mereka juga bakal memperkenalkan BlackBerry Classic dengan papan kekunci fizikal. Tetapi bagaimana pula dengan peminat yang inginkan peranti skrin sentuh sepenuhnya?

Menurut desas-desus terbaru, BlackBerry dikatakan akan memperkenalkan sebuah peranti baru dengan skrin sentuh sepenuhnya, dan dikenali dengan nama kod “Rio”. Telefon pintar ini hanya dijangka akan diperkenalkan sekitar pada tahun 2015 kelak.

Spesifikasi untuknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan perkara ini juga mungkin kerana pihak BlackBerry lebih memfokuskan kepada BlackBerry Classic akhir-akhir ini.

Sebelum ini, pihak BlackBerry telah hadir dengan beberapa peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya, termasuk BlackBerry Z10, BlackBerry Z30 dan juga BlackBerry Z3.

Jadi, mungkinkah pengenalan beberapa peranti baru oleh BlackBerry ini bakal membolehkan mereka menarik semula pengguna ke platform mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd