Spesifikasi Metal Gear Solid V Ground Zeroes PC | ||
---|---|---|
Pemproses Paling Minimum | Intel Core i5 2.7 GHZ | |
Pemproses Disarankan | Intel Core i5 2.7 GHZ | |
Kad Grafik Paling minimum | NVIDIA GeForce GTX 650 | |
Kad Grafik Disarankan | NVIDIA GeForce GTX 760 | |
RAM Paling Minimum | 4 GB | |
RAM Disarankan | 8 GB | |
Ruang Pemasangan | Tiada Maklumat | |
Sistem Operasi | Windows Vista 64 Bit |
Metal Gear Solid V Phantom Pain ialah antara permainan yang paling kami nantikan kerana ianya kesinambungan kepada kisah Big Boss yang telah kami ikuti sejak di zaman sekolah lagi. Kemunculannya tidak disangka kerana Hideo Kojima pernah berkata siri MGS akan berakhir dengan MGS 4 : Guns of The Patriot. Metal Gear Solid V Ground Zeroes ialah demo yang muncul di pasaran Mac lalu untuk konsol. Versi PC hanya akan dijual 18 Disember ini. Hari ini spesifikasi PC yang diperlukan bagi menjalankan permainan ini dengan lancar diperlihatkan. Nampaknya tidak seberat yang diperlukan bagi menjalankan Assassin’s Creed Unity. Malang buat pengguna pemproses AMD, tiada pula maklumat spesifikasi pemproses serta kad grafik yang disyorkan. Saiz ruangan simpanan juga tidak diumumkan. Spesifikasi Ground Zeroes kami rasakan pastinya serupa dengan Phantom Pain. Terima kasih kepada Konami kerana menyedari tidak semua pengguna PC mampu mempunyai Intel Core i7 dan kad grafik GTX 970. Paling menarik ialah ianya masih menyokong Windows Vista!
Sumber Steam