Carian
mySYABAS : Aplikasi Maklumat Gangguan Air Di Hujung Jari
November 21, 2014 Effi Saharudin

Masalah gangguan bekalan air yang melanda Lembah Klang pada awal tahun ini benar-benar mendatangkan kemarahan warga Selangor dan Kuala Lumpur. Pihak berwajib menunding jari sesama sendiri dan ahli politik pula menjadikannya modal menunjukkan mereka lebih bijak dari lawan. Hakikatnya sedang mereka bergaduh kami sebagai penduduk Lembah Klang hanya mampu geleng kepada kerana apa yang mereka lakukan langsung tidak membantu situasi. Keluhan utama kami ialah maklumat tentang bila, di mana dan mengapa gangguan berlaku adalah sukar untuk diperolehi. Di laman SYABAS maklumat diberikan dalam bentuk jadual yang kurang membantu.

mySYABAS

Aplikasi mySYABAS yang dilancarkan hari ini dihasilkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih pantas dan tepat. Carian gangguan air berjadual dan tidak berjadual boleh dilakukan mengikut daerah. Anda juga boleh melaporkan kerosakan dan gangguan yang berlaku secara terus menggunakan aplikasi ini. Akhir sekali kesemua berita terkini dari pihak SYABAS kini boleh juga diakses secara terus. Jika anda penduduk di Lembah Klang kami sarankan anda memuat turun aplikasi ini. Sekarang masih lagi musim tengkujuh tetapi kami yakin awal tahun hadapan apabila musim kemarau tiba lagi maklumat terkini bekalan air terputus adalah sangat diperlukan. Buat masa ini hanya aplikasi versi Android boleh dimuat turun. Versi IOS dijangka akan memasuki App Store dalam masa dua minggu. Kepada pengguna sistem operasi lain dukacita dimaklumkan pihak SYABAS tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan mySYABAS untuk platform pilihan anda.

 

 

Komen