Electronic Arts hari ini secara rasminya memperkenalkan permainan lumba kereta terbaru daripada mereka yang khusus untuk tablet dan juga telefon pintar daripada genre Need For Speed, iaitu Need For Speed No Limits.
Need For Speed No Limits ini dibangunkan oleh studio yang sama disebalik Real Racing 3, dan membawakan grafik serta prestasi permainan yang baik pada peranti mudah-alih.
EA mengatakan mereka akan hadir dengan info lanjut berkenaan permainan berkenaan, termasuk kereta dan watak dalam permainan ini tidak lama lagi.
Need For Speed No Limits bakal diterbitkan pada tahun 2015 untuk pengguna Android dan juga iOS.