Twitter Kini Membolehkan Semua Pengguna Berkongsi Tweet Ke DM

Twitter Kini Membolehkan Semua Pengguna Berkongsi Tweet Ke DM

Diterbitkan pada November 21, 2014 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, kami telah berkongsi memperlihatkan salah satu fungsi baru yang diuji Twitter, iaitu sokongan berkongsi Tweet terus ke DM. Kini, pihak Twitter secara rasminya mengumumkan dan memperkenalkan ia kepada semua pengguna di Twitter dan iOS.

Twitter RT DM

Untuk berkongsi sesuatu Tweet itu, pengguna hanya perlu menekan (tap) sesuatu Tweet itu untuk seketika, dan ia akan menawarkan pilihan menu berkongsi ke DM. Selain daripada ke DM, pengguna turut boleh berkongsi ia ke aplikasi lain menggunakannya.

Di web pula, pengguna hanya perlu klik pada menu (yang ditandakan dengan tiga titik), dan memilih pilihan untuk berkongsi ke Direct Message.

Pengenalan ini sekaligus membolehkan para pengguna untuk membawa interaksi sesuatu Tweet itu ke arah perbincangan lebih peribadi bersama rakan-rakan mereka, berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Twitter, adakah fungsi ini diminati anda?


TIPS & ULASAN