Video Penggunaan Nokia N1 Diperlihatkan

Video Penggunaan Nokia N1 Diperlihatkan

Diterbitkan pada November 22, 2014 oleh .

Tablet Nokia N1 diumumkan secara mengejut selasa lalu. Ianya menggunakan Android Lollipop dengan antaramuka Z Launcher. Ini adalah antaramuka baharu yang tidak pernah dilihat pada mana-mana tablet sebelum ini dan ramai tentunya tertanya-tanya bagaimanakah ianya berfungsi. Pihak Nokia memperlihatkan video pendek penggunaan Z Launcher pada N1. Kini persoalan tentang Z Launcher pada tablet terjawab. Tidak banyak bezanya dengan Z Launcher pada sebuah telefon pintar. Turut diperlihatkan ialah aksesori penutup magnetik Z1. Kepada pencinta antaramuka ringkas Z Launcher ialah antaramuka yang mungkin anda nanti-nantikan selama ini. Apakah pendapat anda? Secara peribadi ianya agak terlalu ringkas dengan kami. Pengguna pergerakan jari untuk mencari aplikasi kelihatan canggung.


TIPS & ULASAN