Cari @ Amanz

Intel hari ini di Singapura telah berkongsi beberapa perkara menarik memfokuskan dunia tanpa wayar, dan bersama-sama dengan beberapa demonstrasi yang diperlihatkan, mereka turut mempertontonkan jam tangan pintar daripada mereka dinamakan Basis Peak.

Intel Basis Peak

Basis merupakan peranti boleh-pakai memfokuskan kepada kesihatan dan kecergasan pengguna. Intel telah mengambil-alih syarikat disebaliknya, iaitu BASIS Science sebelum ini, dan Basis Peak ini merupakan generasi kedua peranti boleh-pakai daripada mereka.

Intel Basis Peak

Menggunakan Basis Peak ini, pengguna boleh melihat kepada beberapa data memfokuskan kesihatan, termasuk berkenaan denyutan jantung dan juga langkah perjalanan yang telah dilalui mereka pada sesuatu hari.

Buat masa ini, peranti ini memfokuskan sepenuhnya kepada kecergasan dan kesihatan. Pihak Intel mengatakan ia akan menyokong paparan notifikasi melalui kemaskini yang akan ditawarkan sekitar bulan Disember kelak.

Intel Basis Peak

Basis Peak ditawarkan melalui beberapa penjual dari Amerika Syarikat, termasuk melalui Amazon pada harga $199. Ia tidak dikongsikan sama ada peranti ini akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd