Dell Mula Menawarkan Alienware Area-51 Gaming Desktop Di Malaysia

Dell Mula Menawarkan Alienware Area-51 Gaming Desktop Di Malaysia

Diterbitkan pada November 22, 2014 oleh .

Dell sedia mempunyai sebuah jenama khusus memfokuskan produk dengan fungsi multimedia dan gaming dinamakan sebagai Alienware. Pada bulan Ogos lepas, mereka telah hadir dengan kemaskini keluarga Alienware Area-51, dan kini desktop memfokuskan permainan terbaru daripada Alienware itu turut ditawarkan di pasaran tempatan.

Alienware Area-51 membawakan rekaan yang agak unik, dan dikatakan membawakan pengaliran udara yang lancar, sekaligus mengekalkan operasi komputer pada suhu rendah.

Alienware Area-51

Alienware Area 51

Seperti penawaran pelbagai produk mereka sebelum ini, Alienware Area-51 hadir dalam tiga pilihan spesifikasi berbeza.

Versi asas hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7-5820K 3.8Ghz, memori sebanyak 8GB DDR4, ruangan storan gabungan 128GB SSD dan 2TB HDD, dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 770 2GB GDDR5. Ia dijual pada harga RM6999.

Untuk versi yang berharga RM9999 pula, ia menyertakan cip Intel Core i7-5930K 3.9Ghz, memori 16GB DDR4, ruangan storan 128GB SSD dan 2TB HDD, dan kad grafik NVIDIA GeForxe GTX 770 4GB GDDR5.

Alienware Area-51 berspesifikasi tinggi pula dijual pada harga RM12999, dimana ia menyertakan cip Intel Core i7-5930K 3.9Ghz, memori 16GB DDR4, ruangan storan 256GB SSD dan 4TB HDD, dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX770 6GB GDDR5.

Ke semua versi ini turut hadir dengan papan kekunci khusus, dan juga sebuah tetikus. Ketiga-tiga versi Alienware Area-51 ini boleh ditempah melalui laman rasmi Dell Malaysia bermula hari ini, dan ia akan ditawarkan melalui pengedar dalam beberapa minggu lagi.

Layari : Alienware Area-51 di Dell Malaysia


TIPS & ULASAN