Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan penyenaraian iPad Air 2 di halaman rasmi Apple Store Malaysia, pihak Apple turut dilihat mengemaskini halaman untuk iPad Mini 3. Daripada pengamatan kami, ia seperti pihak Apple sedang melakukan kemaskini, dan penyenaraian harga seperti kadang-kala hilang daripada halaman tersebut.

iPad Mini 3 Malaysia

Untuk iPad Mini 3, pihak Apple mengikuti penyenaraian harga iPad Mini Retina sebelum ini, tetapi disebabkan ketiadaan versi 32GB, maka versi 64GB dan 128Gb ditawarkan pada harga lebih rendah. Versi 64GB mengambil harga 32GB yang lama, sementara 128GB untuk iPad Mini 3 mengambil harga 64GB iPad Mini Retina yang lama.

iPad Mini 3 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu perak, emas dan juga kelabu. Untuk versi WiFi 16GB, ia ditawarkan pada harga RM1279, 64GB pada harga RM1599, dan 128GB pada harga RM1929. Untuk versi WiFi dan Selular pula, versi 16GB ditawarkan pada harga RM1699, 64GB pada harga RM2029, dan 128GB pada harga RM2349.

iPad Mini 3 hadir dengan skrin 7.9-inci dengan paparan 2048×1526 pixel, cip A7 64-bit dan M7 Motion Processor, kamera belakang 5-megapixel iSight, kamera hadapan 1.2-megapixel, dan turut dilengkapi sokongan pengimbas cap jari melalui TouchID.

Seperti iPad Air 2, tarikh jualan tempatan masih tidak diketahui lagi, dan mungkin proses kemaskini pada web rasmi mereka ini memperlihatkan penyediaan mereka untuk melancarkan tablet berkenaan di pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd