HeadFoams Pro : Fon Kepala Tahan Lasak

HeadFoams Pro : Fon Kepala Tahan Lasak

Diterbitkan pada November 23, 2014 oleh .

headfoams-1

Sejak dari asrama kami gemar menggunakan fon kepala berbanding fon telinga. Kualiti bunyinya lebih baik di samping membenarkan kami menjadi anti sosial dengan tidak mendengar bunyi lain selain muzik yang dipasang. Malangnya fon kepala yang kami miliki kerap kali patah. Ini adalah kerana bahan buatan plastik yang mengeras selepas digunakan selama beberapa tahun. Paling menjengkelkan sekiranya fon kepala yang anda gunakan selama bertahun-tahun dihentikan pengeluarannya dan anda terpaksa mencari fon kepala yang berpadanan. HeadFoams Pro mahu anda menggunakan fon kepala mereka bertahun lamanya kerana ianya dibuat untuk tahan lasak. Ia diperbuat daripada busa EVA iaitu bahan yang sama digunakan untuk membuat selipar Crocs. Menurut pengeluar HeadFoams, busa EVA memastikan fon kepala anda bukan sahaja tahan lebih lama malahan tahan hentakan berbanding fon kepala biasa.Ia cukup tahan lasak sehingga anda boleh memintalnya tapa ianya mengalami sebarang kerosakan.  Fon kepala ini turut dilengkapi sistem kawalan audio dan mikrofon supaya ia boleh digunakan sebagai kit bebas tangan untuk peranti pintar anda.

headfoams-2

 


TIPS & ULASAN