Carian
Cip A8 Pada iPhone Baru Hadir Dengan Sokongan Memainkan Video 4K
November 23, 2014 Aman

Merakamkan video 4K, dan memainkannya kembali adalah dua perkara berbeza. Apple telah memperkenalkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sebelum ini, dan salah satu perkara yang tidak ditekankan mereka adalah kemampuan sokongan memainkan video 4K yang dibawakan oleh cip pemprosesan A8.

Apa pun, fungsi memainkan video 4K ini tidak diaktifkan oleh pihak Apple, berkemungkinan supaya ia tidak menjejaskan prestasi dan pengalaman pengguna ketika menggunakan peranti berkenaan.

Penemuan sokongan memainkan video 4K ini dilakukan oleh pembangun aplikasi WALTR yang mana membolehkan pengguna drag-drop fail video dari komputer OS X ke iPhone, terutamanya format yang tidak disokong seperti MKV dan FLAC. Bagi pengguna iPhone yang ingin mencuba memainkan video 4K pada peranti anda, anda boleh mencuba aplikasi WALTR ini yang ditawarkan pada harga $29.95.

Komen