ShotTracker Ingin Membantu Anda Bermain Bola Keranjang Dengan Lebih Baik

ShotTracker Ingin Membantu Anda Bermain Bola Keranjang Dengan Lebih Baik

Diterbitkan pada November 24, 2014 oleh .

Terdapat beberapa peranti boleh-pakai yang sedia membantu pengguna dalam mengumpulkan beberapa data menarik, dan terkini sebuah peranti boleh-pakai baru hadir dinamakan sebagai ShotTracker, memfokuskan kepada membolehkan pengguna bermain bola keranjang dengan lebih baik.

ShotTracker hadir dalam dua bentuk sensor, iaitu satu sensor yang dipakai pada pergelangan tangan, dan satu lagi dihubungkan ke jaring bola keranjang. Ia kemudiannya dihubungkan ke peranti mudah-alih melalui aplikasi khusus untuk Android dan juga iOS. Sensor ini dihubungkan menggunakan sambungan Bluetooth, dan mengumpulkan pelbagai data – terutamanya mengenai jaringan yang dilakukan anda, dan jaringan anda yang tidak berjaya.

Menggunakan aplikasi mudah-alih, seterusnya anda boleh melihat statistik dan menambah-baik cara anda bermain dan membuat jaringan dari semasa ke semasa.

Sensor yang dipakai pada pergelangan tangan mempunyai masa bateri selama 8 jam, dan turut hadir dengan sokongan kalis air. Sementara sensor yang dihubungkan pada jaring bola keranjang pula mempunyai bateri bertahan sehingga 3 bulan.

ShotTracker ini ditawarkan pada harga $149.99 dan boleh didapati oleh anda sekiranya anda meminati permainan bola keranjang.


TIPS & ULASAN