Informasi Teknologi Terkini

Tahukah anda Lembaga Penapisan Filem adalah lebih lama wujud dari negara kita Malaysia? Hujung minggu lalu Karnival Lembaga Penapisan Filem diadakan sempena menyambut ulang tahun LPF yang ke-60. LPF ditubuhkan bagi “menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara”. Di dalam karnival yang sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan dengan bantuan SKMM  merancang untuk menapis siaran video di atas talian seperti pada laman Youtube. Penapisan akan dilakukan dengan menggunakan firewall bagi menghalang ianya diakses oleh penduduk Malaysia. Saringan menurut Dato Seri Zahid perlu dilakukan bagi menjaga sensitiviti dan budaya rakyat Malaysia dari pengaruh luar. Tidak diketahui bilakah penapisan ini akan dikuatkuasakan. Tetapi di dalam sidang media yang sama beliau menyeru supaya pihak SKMM melakukan penguatkuasaan dilakukan sepantas yang mungkin.

SKMM-bans

Penapisan dan sekatan terhadap video di atas talian pernah dilakukan sebelum ini oleh pihak SKMM. Pada tahun 2012 SKMM dengan bantuan Google menghalang akses kepada video Youtube The Innocence of Muslims yang menghina agama Islam dan Rasulullah.

Adakah anda bersetuju kerajaan menapis video di atas talian bagi menjaga kesucian mata rakyat Malaysia secara menyeluruh? Secara peribadi kami rasakan sekiranya anda sudah dewasa dan layak mengundi, penapisan filem yang yang dilakukan sekarang adalah kurang munasabah.Tetapi kami menyokong penapisan untuk kanak-kanak bawah umur yang masih belum matang untuk memahami apa yang ditonton. Akses terhadap bahan lucah dan tidak bermoral kini terlalu mudah. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan melakukan pemantauan? Kerajaan ataupun ibu bapa? Satu lagi soalan yang jawapannya bergantung kepada pendapat peribadi masing-masing.

Terdapat 47 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. rakyat perlu bangkit menentang kalau taknak malaysia jadi negara komunis bertopengkan demokrasi

  2. Orng skrang pintar ade banyak cara nak bypass firewall nie.kalau anda adalah IT elit maybe anda bleh manipulate it,tetapi kalau anda sebagai consumers biasa xlehlah nak tengok this kind of vids in our country.salah satu adalah mengunakan TOR browser,the best anonymous browser

    • Sekurang2nya lepas sikit dosa n tanggungjawab zahid pd negara. Selainnya… tanggung la sendiri

  3. Kadang-kadang pada aku pemikiran yang agak pesimis pun perlu juga demi menjaga agama dan adab.

    • Dadah digital tu macam khayal baru bangun tidur je. Bukan khayal ketagih macam dadah betul. Hadoi

  4. Adalah lagi bagus jika kerajaan terus sekat laman lucah berbanding hendak menjadi bahan komedi pula.

    Patutnya kerajaan dah lama pi block video viral yang entah apa2 mcm bobo dll.

  5. Ibubapa sangat bertanggungjawab dalam memupuk adab dan didikan agama anak-anak sejak dari kecil, kalau dari kecil tak diajarnya sembahyang 5 waktu, tak ditanamnya adab perilaku yang baik, masakan anak-anak muda nanti boleh menentukan mana baik buruk sesuatu perkara. Segalanya bermula dari rumah.

    Pihak berwajib juga perlu memantau anasir-anasir dari dalam dan luar yang boleh merosakkan akhlak rakyat negara ini. Dah kalau sekeras-keras dinding konkrit boleh pecah kalau dihentam dengan ‘tukul’ bertalu-talu, apatah lagi kita manusia yang sentiasa berubah-ubah sikapnya.

  6. Pendapat saya, senario campurtangan kerajaan ke atas ICT juga berlaku di US, cuma dalam bentuk yang berbeza.

    Di tempat kita, ialah isu tapisan video di talian, di US isu kebenaran encryption oleh Google dan Apple pada gajet ICT. Kerajaan US melalui Jabatan Kehakiman (DOJ) menimbulkan isu keterbukaan akses yang sepatutnya diberikan kepada pihak penguatkuasa untuk mengakses gajet seperti iPhone yang terkunci/terenkripsi, bagi tujuan siasatan maupun info peribadi seseorang.

    Pertikaian berlanjutan apabila Tim Cook juga bersuara berkenaan keabsahan dakwaan DOJ tersebut.

    • Apehal kau melalut sampai ke us ni.. Kalau komen tak libatkan pasal apple boleh tak.. Papepun Security knox lebih hebat dari Security yg ada di ios..

      • Ini berkenaan tajuk campurtangan kerajaan kepada fasiliti ICT di sesebuah negara/rantau.

        Sekadar nyatakan perbandingan polisi/tindakan sesebuah negara dan info semasa yang berlaku, itu tidaklah keterlaluan jika di’highlight’kan pun. Tidak mustahil juga nanti, Malaysia juga akan sampai kepada situasi yang sama seperti itu.

        Memang ini senario yang dilaporkan berlaku di US (19-Nov-2014), secara kebetulannya melibatkan Google dan juga Apple. Ini bukanlah troll/info palsu.

        Boleh optimis tak?

    • aku selalu sokong en macbook lau bkn cerita psl iphone

      encryption leakage ni la yg selalu disalahgunakan oleh puak kapitalis utk mengaut untung besar drpd kerajaan, dan menjadi alat kerajaan mghabiskan wang rakyat utk motif pengekalan kuasa politik. sama mcmn kerajaan guna fb dan youtube utk kempen pru 2013

  7. ini bangang punye cadangan!! youtube laman video yg aku guna utk bosan2 layan lagu, tengok movie2 lama, kalau nk belajar ape2 ke, ade video tutorial kat youtube org upload.. aku blajar bnyk tutor kat youtube.. ini buat aku geram.. bnyk bende lain la ko boleh sekat.. porn site xnak plak ko sekat.. jimbitt betol la kerajaan skrg ni suka cari pasal dgn rakyat knpe ek??? dh la kroni sne sni.. rasuah sne sni.. harga barang kperluan mahal.. minyak naik lg.. subsidi dh nk bubar.. yg kaya makin kaya yg miskin makin miskin.. internet mahal2 bayar x boleh bukak youtube.. f**k this goverment.. i love my country but i hate my goverment!!

    • Saya pun setuju. Cuma, jika saya yang menulis dengan bahasa sebegini, dah tentu ramai orang yang tegur.

    • yg disekat hanya sebagian dari video yg ada kat youtube tu. bukan youtube. tu berdasarkan contoh amanz bg. boleh paham?

    • komen panjang tapi xkena dgan tajuk artikel amanz…Bukan nak block youtube terus pun..nak tapis video yg jenis menghina atau menghasut tu je…ko nak lyan tutorial…ke lyan lagu kat utube ke lantak ko la…atau ko ni jenis cari video2 berunsur seperti diatas aku xtahu la…mohon maaf andai terkasar bahasa

    • jgn la meroyan cpt beb. gomen bukan block utube tros. dia block certain video…. btw aku pun tak suka jugak kalo gomen block vid.. x blh nak tgk soft porn mcm vc nicki minaj

  8. Boleh tapis. tapi cita lucah saja la.
    takut nnti video politik pun kena tapis.
    katanya menggugat ketenteraman la..bla..bla..bla..

  9. Internet laju dulu baru nak sekat pape. Tu hanya propa je. Cakap jelah nak sekat video yg mengutuk pihak belah dia. And pengguna internet perlu ade freedom ape diorang nak buat. Kerajaan bukannya ibubapa. Kami dah besar. Anak aku, aku tahu nak jaga macamana. Aku monitor penggunaan internet dia selagi tak capai umur

  10. Harian metro dan buletin utama pun sekat jugalah zahid oi…acah2 tegas, polis kena culik pun tak boleh selesai

  11. Saya tak pasti samada ia bagus atau tidak. Yng baiknya kalau ditapis, rakyat tidak dapat access video lucah/menyentuh sensitivity/apa-apa yang tidak patut di negara ini. Tetapi, penyebaran video tersebut tetap akan berlaku. “The core” itself perlu menapis dari awal.Namun, pihak tersebut juga inginkan keuntungan. It always have pro and con.

  12. tapi persoalannya, masihkah mnusia zaman 2014 akn risau dngn bnda ni ? rasanya TAK, skarang pn kerajaan dan block web porn dan sbagainya, adakah rakyat mlysia tak dpat tngk ? tak jgkk kn, so klau stakat block dngn firewall tu, senang sngt nk bypass, mcam takbuat laa. betul tak ?

  13. banyak lg website sejenis dengan utube dan bermacam cara untuk bypass sekatan tu. takde kesan pun. cuma jangan bazirkan duit rakyat

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN