PSA : Berhati-Hati Dengan Caj PPU Yang Dikenakan Syarikat Telekomunikasi Untuk Langganan Pelan Data

PSA : Berhati-Hati Dengan Caj PPU Yang Dikenakan Syarikat Telekomunikasi Untuk Langganan Pelan Data

Diterbitkan pada November 24, 2014 oleh .

Celcom PPUAkhir-akhir ini, kami menerima aduan dan perkongsian daripada pengguna talian prabayar, mengatakan mereka dikenakan caj PPU terhadap langganan pelan data mereka, sebaik sahaja penggunaan data mereka habis digunakan.

Untuk makluman, caj PPU adalah berdasarkan caj kepada penggunaan. Sebaik sahaja anda selesai menghabiskan kuota data untuk langganan internet anda, anda akan dikenakan bayaran mengikut penggunaan. Terdapat syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj setinggi 50 sen untuk 50kbps.

Penggunaan caj PPU ini bukan sesuatu yang baru, tetapi ia telah diimplementasikan sejak dari dulu lagi. Ia biasanya dikenakan terhadap langganan jangka-masa pendek seperti harian dan mingguan, tetapi agak mengejutkan apabila pelanggan turut dikenakan untuk langganan bulanan – yang mana sepatutnya tidak berlaku. Daripada pengamatan kami, hanya pelanggan prabayar sahaja seperti terkesan daripadanya, sebaliknya untuk pengguna pascabayar, kelajuan biasanya akan dikurangkan kepada tahap amat perlahan – tetapi masih sesuai untuk WhatsApp, Twitter, dan Facebook.

Daripada penggunaan kami untuk talian prabayar, kami gunakan #Hotlink yang menawarkan data secara percuma (pada kelajuan amat rendah), dan juga U Mobile yang menawarkan pakej serendah RM18 untuk sebulan tanpa sebarang caj PPU. Selain daripada bertukar talian, anda juga turut boleh memantau penggunaan data anda pada peranti pintar. Kebanyakkan telefon pintar pada hari ini hadir dengan sokongan memberikan anda notifikasi sekiranya anda telah mencapai sejumlah penggunaan. Sebagai contoh, pada peranti Android, anda boleh ke halaman Settings > Data Usage dan tetapkannya di sana.

Jika anda ketahui akan sebarang talian yang turut mengimplementasikan caj PPU untuk pakej bulanan, jangan lupa berkongsi dengan kami, sekaligus mengelakkan pengguna menjadi mangsa daripadanya.

Talian yang mempunyai caj PPU:
Clixster (Rujukan)
Altel (Rujukan)


Dikemaskini mengikut input pengguna dari semasa ke semasa. Gambar paparan skrin daripada Tuah.


TIPS & ULASAN