Carian
HTC
HTC Re Dan Desire EYE Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal Disember
November 24, 2014 Aman

Dengan penghujung tahun semakin hampir, pelbagai syarikat ingin menyelesaikan pengenalan peranti baru mereka untuk pasaran tempatan. Tidak ketinggalan adalah HTC yang turut ingin memperkenalkan dua peranti baru mereka yang telah dilancarkan baru-baru ini, iaitu HTC Desire EYE dan juga HTC Re.

HTC Desire Eye

HTC Desire EYE merupakan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada kamera depan 13-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, dan hadir dengan fokus terhadap bahagian kamera. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah termasuk skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD, cip Snapdragon 801 2.3Gh, dan memori 2GB RAM.

HTC Re

Sementara HTC Re pula merupakan sebuah kamera mudah-alih daripada HTC yang membolehkan pengguna merakamkan gambar aksi dan pergerakkan mereka dengan memasangnya pada badan, atau sebarang lokasi lain. Ia juga direkabentuk dengan rekaan yang selesa untuk digenggam pada tangan, dilengkapi sensor 16-megapixel, dan juga sokongan kalis air IP57.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan diumumkan untuk pasaran Malaysia pada minggu pertama Disember ini. Harga jualannya juga dijangka akan diumumkan pada hari sama.

http://www.youtube.com/watch?v=GVH0d0FOPS0

Komen