Microsoft Bakal Hadir Ke MWC 2015 Dengan Penawaran Peranti Baru

Microsoft Bakal Hadir Ke MWC 2015 Dengan Penawaran Peranti Baru

Diterbitkan pada November 24, 2014 oleh .

Setiap tahun, Nokia sedia hadir ke Mobile World Congress yang mana menjadi salah satu medan utama untuk pengenalan peranti baru. Pada tahun ini, Nokia telah memperkenalkan Nokia X – telefon pintar berasaskan Android daripada mereka, dan kini Microsoft dilihat akan meneruskan tradisi Nokia pada acara berkenaan tahun hadapan.

Lumia 535

Sebuah halaman khas hadir ke arena internet baru-baru ini, memperlihatkan persiapan Microsoft untuk acara Mobile World Conress 2015.

Untuk makluman, acara tersebut bakal diadakan antara 2 Mac hingga 5 Mac 2015 kelak, dan akan menyaksikan pelbagai jenama besar hadir memperlihatkan produk mereka.

Microsoft turut dijangka akan memperlihatkan beberapa produk Lumia baru, dan mungkin sekiranya beruntung, kita akan dapat melihat Lumia menjalankan Windows 10 pada acara berkenaan.

Memandangkan ia masih terdapat beberapa bulan lagi, maka mungkin kita akan dapat mendengar lebih lanjut mengenai spekulasi peranti baru yang akan diumumkan dalam awal tahun kelak.


TIPS & ULASAN