Cari @ Amanz

Sering kali dalam permainan apabila kita kehabisan nyawa (darah), kita akan memulakan permainan semula tanpa berlengah. Tetapi bagaimana sekiranya anda turut kehilangan darah dalam dunia nyata setiap kali anda tewas atau kalah dalam sesuatu permainan?

BloodSport

Perkara tersebut ingin direalisasikan oleh sekumpulan pembangun melalui projek yang dinamakan sebagai Blood Sport. Melaluinya, pemain akan dihubungkan dengan jarum, dan darah akan ditarik daripada lengan setiap kali anda tewas. Idea ini mungkin agak ekstrim buat beberapa pihak, dan ia turut digantung sementara oleh pihak KickStarter buat masa ini.

Bagi pembangunnya, idea disebaliknya bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya mengimplementasikan ia untuk tujuan meramaikan lagi orang derma darah, sambil pada masa yang sama memainkan permainan kegemaran. Perkara ini juga sekaligus akan menarik lebih ramai anak muda menderma darah untuk pihak hospital.

Memandangkan idea Blood Sport ini digantung oleh KickStarter buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada akan direalisasikan sepenuhnya ataupun tidak selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd