Pengguna Streamyx Atau UniFi? Anda Mungkin Menghadapi Akses Yang Perlahan Untuk Laman Di Pelayan Eropah

Pengguna Streamyx Atau UniFi? Anda Mungkin Menghadapi Akses Yang Perlahan Untuk Laman Di Pelayan Eropah

Diterbitkan pada November 25, 2014 oleh .

Masalah kabel dasar laut bukan sesuatu yang baru, dan terkini ia diketahui yang mana Telekom Malaysia telah mengenal-pasti masalah kabel melibatkan sambungan rangkaian antara Asia Tenggara ke Eropah, sekaligus memberikan kesan kepada pelayaran web-web yang dihoskan pada pelayan di Eropah.

Menurut Telekom Malaysia, pengguna UniFi dan Streamyx akan mengalami sedikit lengah masa ketika mengakses laman yang dihoskan di Eropah, selain mungkin kurang memuaskan ketika membuat atau menerima panggilan VoIP daripada Eropah. Ia juga turut memberikan kesan kepada akses terhadap permainan atas-talian yang dihoskan di sana.

Pihak Telekom Malaysia tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah proses pembaik-pulihan akan selesai sepenuhnya.

Rujukan : Pengumuman rasmi TM, melalui SoyaCincau


TIPS & ULASAN