Cari @ Amanz

Yes merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia dengan fokus terhadap penawaran data. Mereka turut menawarkan sokongan panggilan suara dan SMS melalui sebuah aplikasi khusus yang dinamakan sebagai YesLife.

YesLife Web

YesLife sedia ditawarkan untuk pengguna Windows dan Mac, selain aplikasi mudah-alih Android dan iOS. Namun, bermula Disember 2014 ini, pihak Yes akan menamatkan sokongan untuk perisian desktop mereka, dan memfokuskan kepada penawaran melalui web sahaja.

Ia tidak diketahui mengapakah perubahan ini dilakukan. Berkemungkinan besar, ini akan memudahkan lagi fokus pihak Yes dalam pembangunan pada versi web sahaja – yang mana sedia selari pada pelbagai sistem operasi. Pada masa yang sama juga, mungkin pengguna versi desktop untuk perisian mereka adalah sedikit, dan tidak berbaloi untuk melabur untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd