Cari @ Amanz

 

Dalam berita yang kami laporkan pagi tadi, pengeluar jam tangan mewah bertindak menghalang rekaan muka jam pereka pada jam pintar yang kini ada di pasaran. Tindakan dilakukan kerana ianya didakwa menggunakan rekaan dan tanda dagang mereka tanpa kebenaran. Sekiranya anda mempunyai jam mewah bagaimana harus anda memenuhi keperluan jam pintar anda? Setakat ini tidak ada satupun pengeluar jam mewah mempunyai jam pintar mereka sendiri. Penyelesaiannya mungkin ialah Tband OD. Ianya tali jam yang pintar dengan paparan terbina. Secara teorinya mana-mana jam analog tidak pintar yang sudah anda miliki boleh dipintarkan dengan penggunaan Tband OD. Tali jam pintar ini diperkasakan pemproses ARM Cortex M4, girometer dan pengesan kesihatan. Skrin sesentuh Oled sebesar 11×25 mm melengkung terbina memaparkan kesemua maklumat yang anda perlukan.

Pengeluar Tband OD, Kairos turut menghasilkan dua lagi versi tali jam pintar ini iaiatu Tband ND dan HD. ND tidak mempunyai skrin terbina sebaliknya hanya mempunyai lampu notifikasi LED serta pengesan kesihatan. Ia mampu berfungsi selama 7 hari sebelum perlu dicas.  HD pula mempunyai skrin LED berkuasa rendah serta pengesan kesihatan. Bateri sebesar 200 mAh HD mampu bertahan sehingga 2 hari. Tidak ada pula maklumat mengenai saiz bateri dan hayat betari untuk Tband OD.

Kairos-Tband-2

Ketiga-tiga tali jam pintar ini menggunakan sistem operasi Kairos OS. Kairos menjanjikan sokongan untuk sistem operasi Android, IOS dan Windows Phone. Projek tali jam pintar ini masih mengumpul dana. Harga jualan bermula dari  $129. Sebuah idea yang menarik tetapi kami kurang yakin dengan penggunaan sistem operasi buatan sendiri mereka. Adakah ianya mempunyai sokongan aplikasi yang cukup besar untuk menjadikannya berbaloi untuk dimiliki?

Kairos-Tband-3

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd