Lenovo Vibe Z2 Pro Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2299

Lenovo Vibe Z2 Pro Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2299

Diterbitkan pada November 25, 2014 oleh .

Lenovo telah memperkenalkan Lenovo Vibe Z2 Pro ketika IFA 2014 bulan September lepas, dan kini ia dilihat telefon pintar terbaru daripada mereka itu telah pun mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM2299.

Lenovo Vibe Z2 Pro

Dari segi spesifikasi, Lenovo Vibe Z2 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 2K (2560×1440 pixel), cip Snapdragon 2.5Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, bateri berkapasiti 4000mAh, kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dan juga rangkaian 4G LTE.

Secara kasar, ia boleh dikatakan merupakan pesaing untuk beberapa peranti utama lain di pasaran, termasuk Note 4 yang telah diperkenalkan baru-baru ini.

Telefon pintar ini turut hadir dengan Android 4.4 KitKat, dan dilengkapi antaramuka khusus daripada Lenovo.

Jadi, pada harga RM2299, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar ini?


TIPS & ULASAN