Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah memperkenalkan sokongan URL khusus selari dengan penggunaan nama profil pada Google+. Kini, ia turut diperluaskan ke perkhidmatan video popular mereka, YouTube.

Melalui fungsi yang sedang diperkenalkan secara berperingkat ini, pengguna boleh memilih URL yang lebih melambangkan jenama mereka, sekaligus konsisten dengan penggunaan alamat URL pada perkhidmatan Google.

YouTube URL

Seperti pada Google+ sebelum ini, Google akan memberikan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan penggunaan saluran anda, dan pengguna bukannya mempunyai kebebasan menyeluruh untuk memilih alamat URL anda. Sebaik sahaja dipilih, para pelanggan perkhidmatan anda akan dibawa ke halaman URL baru secara automatik.

Apa pun, untuk mengaktifkan URL baru ini, pemilik saluran YouTube perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 500 pelanggan. Selain daripada itu, notifiikasi akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna, dan bukannya ditawarkan kepada semua pada masa yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd