Cari @ Amanz

Akaun Google boleh dikatakan kini digunakan oleh ramai pengguna untuk menyimpan pelbagai data-data peribadi mereka. Perkara ini sekaligus membuatkan anda mungkin memerlukan lebih kawalan terhadap peranti-peranti yang mempunyai akses untuknya.

Google sedia menawarkan sebuah fungsi khusus untuk anda melihat peranti dengan akses ke akaun Google anda sebelum ini, dan kini Google memudahkan lagi proses berkenaan.

Melalui halaman baru yang diperkenalkan oleh Google, ia membolehkan anda melihat peranti-peranti yang mengakses akaun Google anda, mengikut lokasi dan masa terakhir ia digunakan untuk mengakses akaun Google.

Akaun Google

Pengguna seterusnya turut boleh klik pada sesuatu peranti yang tidak ingin dipautkan lagi dengan akaun Google, dan seterusnya memilih untuk mengalih keluar peranti berkenaan. Selain mengalih keluar, anda juga akan dipaparkan dengan pelbagai data tambahan seperti lokasi ia digunakan dan masa terakhir ia digunakan.

Akaun Google

Bagi kami, ia merupakan salah satu fungsi yang amat berguna, membolehkan anda log keluar dan membuang akaun anda daripada peranti yang tidak diingini – terutamanya bagi anda yang kerap log masuk ke pelbagai peranti berbeza menggunakan akaun Google peribadi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd