Populasi Pengguna Internet Dunia Kini Melangkaui Angka 3 Bilion Orang

Populasi Pengguna Internet Dunia Kini Melangkaui Angka 3 Bilion Orang

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

ITU (International Telecommunications Union) kini dilihat mengumumkan yang mana jumlah populasi pengguna yang mengakses internet di dunia telah pun melangkaui angka 3 bilion, dengan lebih kurang dua per tiga daripadanya merupakan pengguna dari negara membangun.

ITU 3 Bilion

Seperti biasa, angka pengguna internet seluruh dunia meningkat secara positif dari tahun ke tahun, dan pada tahun 2014 ini, angka tersebut telah meningkat sebanyak 3.3%.

Apa pun, angka ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, memandangkan terdapat lebih 4.3 bilion pengguna di dunia yang tidak mendapat akses internet – dan 90% daripadanya adalah di negara-negara membangun.

Melalui penawaran internet yang dengan lebih meluas, info dapat dicapai dengan pantas dan pada kos murah, termasuk pendidikan dan sebagainya. Apa pun, menjadi fokus utama pada negara-negara membangun ini adalah duit, dan terdapat lebih banyak keutamaan lain perlu diberikan sebelum untuk membayar akses internet.

Terdapat beberapa gergasi internet akhir-akhir ini membuat program untuk membawa akses internet ke negara-negara tanpa liputan atau liputan rendah, termasuk Facebook dan Google melalui penggunaan dron dan juga belon.

Apa pun, untuk menjayakan ia seara menyeluruh, mungkin akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Di Malaysia sendiri, kawasan yang diliputi dengan akses internet masih belum menyeluruh, tetapi meningkat dengan positif dari tahun ke tahun.


TIPS & ULASAN