Facebook Rooms – Aplikasi Berbual Tanpa Pendaftaran Identiti Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Facebook Rooms – Aplikasi Berbual Tanpa Pendaftaran Identiti Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

Facebook telah memperkenalkan aplikasi Rooms mereka pada penghujung Oktober yang lepas, dan kini selepas selang sebulan, aplikasi yang khusus untuk hanya pengguna Amerika Syarikat sahaja itu turut telah diterbitkan untuk dimuat-turun oleh pengguna di Malaysia.

Facebook Rooms menawarkan fungsi seumpama web bilik sembang pada suatu ketika dahulu, tetapi dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Menggunakannya, pengguna boleh menggunakan nama samaran, dan seterusnya memilih topik yang diminati untuk menyertainya. Anda seterusnya boleh berkongsi teks, gambar, video, nota dan sebagainya menggunakannya. Menariknya, menggunakan Rooms ini adalah anda tidak terikat kepada hanya satu nama samaran sahaja, sebaliknya boleh menggunakan nama samaran berbeza mengikut saluran topik yang disertai anda. Anda juga turut boleh membuka room anda tersendiri untuk pengguna lain turut berkongsi pandangan bersama anda.

Rooms

Buat masa ini, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna iPhone dan iPad sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi Android akan menyusul.

Muat-Turun Facebook Rooms untuk iPhone


TIPS & ULASAN