Honor 3C Lite Boleh Di Pra-Tempah Bermula Hari Jumaat – 28 November

Honor 3C Lite Boleh Di Pra-Tempah Bermula Hari Jumaat – 28 November

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

Honor merupakan sebuah jenama subsidiari dibawah Huawei, yang mana menjual peranti mereka sepenuhnya secara atas-talian. Kini, sebuah lagi peranti baru yang akan dijual oleh mereka tidak lama lagi adalah Honor 3C Lite.

Pra-tempahan untuk Honor 3C Lite akan dibuka antara 28 November hingga 3 Disember ini, sebelum penghantaran produk dilakukan bermula 8 Disember kelak.

Honor 3C Lite

Dari segi spesifikasi, Honor 3C Lite membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, kamera belakang 8-megapixel, cip MediaTek MT6582 1.3Ghz, memori 1GB RAM, ruangan storan 16GB, dan dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM. Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna putih dan juga hitam. Peranti ini akan dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, serta menggunakan antaramuka khusus daripada Honor.

Melalui apa yang dikongsikan pihak Honor bersama kami, harga peranti ini ketika pra-tempahan adalah RM399. Selain daripada nama Honor 3C Lite, peranti ini juga turut dikenali dengan nama Honor Holly dibeberapa pasaran.

Honor 3C Lite


TIPS & ULASAN