Oppo N3 Dibuka Untuk Pra-Tempahan Pada Harga RM2098

Oppo N3 Dibuka Untuk Pra-Tempahan Pada Harga RM2098

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

Oppo Malaysia hari ini telah memulakan proses mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, Oppo N3. Pra-tempahan akan dimulakan dari hari ini sehingga 20 Disember, dan seterusnya akan dijual di pasaran bermula 1 Januari 2015 kelak.

Bagi yang tidak mengenali akan Oppo N3, ia merupakan telefon pintar dengan kamera boleh berputar automatik daripada Oppo, dan turut hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini – selain turut menyertakan sokongan dwi-SIM dan 4G LTE. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan sokongan merakamkan gambar dalam bentuk RAW – salah satu perkara yang menjadi tarikan kepada pengemar fotografi.

Di Malaysia, Oppo N3 akan dijual pada harga RM2098, dan 3000 pra-tempahan awal akan menerima pelbagai ganjaran tambahan, termasuk pengecas dalam kenderaan dan juga kerangka luar tambahan, serta pelindung skrin.

Baca : Pandang Pertama Oppo N3


TIPS & ULASAN