Humble Sega Bundle Hadir Dengan Penawaran Permainan Seperti Total War Dan Crazi Taxi

Humble Sega Bundle Hadir Dengan Penawaran Permainan Seperti Total War Dan Crazi Taxi

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

Humble Bundle sering hadir dengan koleksi permainan menarik pada harga yang rendah, dan terkini, bermula hari ini sehingga 9 Disember, mereka bekerjasama dengan Sega dalam menawarkan koleksi permainan Sega dibawah Humble Sega Bundle.

Humble Sega Bundle

Melalui penawaran Humble Sega Bundle, mereka menawarkan beberapa permainan menarik, termasuk Dreamcast Collection (Crazy Taxi, Sonic Adventure DX Director Cut), Nights Into Dreams, dan Sonix & All Stars Racing Transformed. Menariknya, pengguna turut boleh mendapatkan koleksi permainan tambahan seperti Total War dan Company of Heroes 2 turut dengan membayar harga purata (yang mana sekitar $3.47 ketika artikel ini ditulis).

Apa pun, bagi anda yang ingin mendapatkannya, perlulah mengambil perhatian yang mana kebanyakkan permainan yang ditawarkan adalah khusus untuk Windows sahaja, selain mereka akan menambah lebih banyak permainan dalam beberapa hari lagi.

Layari : Humble Sega Bundle


TIPS & ULASAN