ChatON merupakan salah satu aplikasi permesejan daripada pihak Samsung, yang mana hadir terbina pada kebanyakkan peranti Samsung Galaxy. Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah tidak ramai yang menggunakannya, dan perkara ini membuatkan Samsung mungkin mengurangkan fokus terhadapnya.
Samsung akhir-akhir ini dilihat dalam proses penstrukturan semula, memandangkan kurangnya keuntungan syarikat akhir-akhir ini. Samsung telah sedia dikatakan akan mengurangkan portfolio peranti mereka pada tahun hadapan, dan kini laporan awal berkenaan ChatON ini hadir.
Ia dikatakan Samsung tidak akan mematikan ia sepenuhnya, sebaliknya akan mengurangkan penawaran ia di beberapa buah negara yang tidak menggunakannya.
Di Malaysia, ChatON telah diperkenalkan secara rasmi oleh Samsung pada tahun lepas. Namun, angka pengguna aktif untuk ChatON boleh dikatakan masih kecil jikalau dibandingkan dengan beberapa penyedia lain seperti LINE, WeChat dan sebagainya.