Sony Menguji Jam Tangan Yang Menggunakan Skrin Sepenuhnya – Membolehkan Pengguna Menentukan Gaya

Sony Menguji Jam Tangan Yang Menggunakan Skrin Sepenuhnya – Membolehkan Pengguna Menentukan Gaya

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

Sony merupakan salah satu syarikat gergasi elektronik yang turut sedang melakukan beberapa perubahan pada syarikat, dan pada masa yang sama ingin hadir dengan produk yang diminati ramai. Untuknya, kini Sony dikatakan sedang membangunkan sebuah jam tangan pintar yang akan hadir dengan penggunaan skrin sepenuhnya.

eInk Watch

Ia dikatakan akan mengabungkan penggunaan e-ink pada peranti tersebut, sekaligus membolehkan pengguna mengubah rekaan dan gaya peranti tersebut mengikut kegemaran mereka.

Sony dikatakan akan memfokuskan lebih kepada gaya untuk peranti tersebut dan bukannya pada spesifikasi. Penggunaan paparan e-ink juga dijangka akan menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama berbanding jam tangan pintar biasa.

Buat masa ini, Sony dikatakan masih pada peringkat ujian dalaman untuk peranti tersebut, dan mungkin sekiranya ia melepasi fasa berkenaan, kita akan melihat ia dipasaran untuk pengguna umum.


TIPS & ULASAN