Carian
Purefresh : Tempat Duduk Tandas Menapis Bau Busuk
November 26, 2014 Effi Saharudin

Purefresh-2

Masalah bau busuk selepas melakukan qada hajat ialah masalah yang sudah berlaku sejak manusia mula tinggal di muka bumi. Pelbagai penyelesaian dicipta seperti penyaman udara tandas dan membakar lilin selepas membuang air besar. Malang sekali penyaman udara tidak 100% efektif manakala menggunakan lilin untuk membakar gas metana adalah legenda urban. Kohler, pengeluar tandas dari Amerika Syarikat mencipta Purefresh. Ianya sebuah tempat duduk tandas merangkap sistem penyaring bau dan pewangi tandas. Apabila anda duduk di atas Purefresh ia akan berfungsi secara automatik. Udara dari dalam mangkuk tandas disedut masuk ke dalam sistem penapis yang diperbuat daripada karbon. Udara yang sudah dinyahbau ini kemudian dipam melalui sistem pewangi sebelum dilepaskan ke ruang tandas. Terdapat 4 pilihan bau iaiatu “Airterjun”, “Spa Avocado” dan “Bau dobi”. Purefresh boleh dipasang pada majoriti mangkuk tandas duduk yang ada di pasaran dan menggunakan dua bateri bersaiz D untuk berfungsi. Harganya juga mampu milik iaitu sekitar $120 sebuah. Purefresh turut mempunyai sistem lampu LED yang menyala pada waktu malam bagi memudahkan anda menyahtinja pada waktu malam.

Di Jepun sistem penapisan udara sebegini sudah lama wujud tetapi ianya terbina pada mangkuk tandas mewah yang berharga ribuan ringgit. Sistem penapis Purfresh ini lebih murah dan paling penting sekali boleh digunapakai pada majoriti tandas duduk yang sedia ada. Apa yang kami perlukan sekarang ialah tandas yang boleh dibersihkan secara automatik. Ini dapat mengurangkan tugasan membersih rumah pada hujung minggu dan menjamin kesejahteraan rumah tangga.

Purefresh-1

 

Komen