Cari @ Amanz

ASUS-M32AD-1

Penjualan PC semakin berkurangan jika dibandingkan pada awal milenium yang lalu. Kewujudan peranti pintar dan tablet menjamah jumlah jualan PC. Ini tidak menghalang pengeluar dari terus mengeluarkan PC pasang siap untuk pengguna yang masih memerlukannya. Asus hari ini mengumumkan Asus ME32AD, komputer desktop Windows 8.1 untuk kegunaan harian. Ia diperkasakan pemproses Intel Core i5-4460 @3.7 GHZ , RAM 4 Gigabyte, muatan dalaman 1 Terabyte (HDD) dan GPU Nvidia Geforce 720m 2 GB RAM DDR3. Spesifikasi desktop ini cukup berkuasa untuk memainkan video beresolusi 4K dengan lancar serta menjalankan permainan komputer terkini tanpa masalah.

Set desktop ini turut dilengkapi pemacu optik DVD RW 24X, pembaca kad 6 dalam 1, 3 USB 2.0, 2 USB 3.0, sistem audio 6.1 serta LAN terbina. Kesemua ini dikuasakan oleh sumber kuasa 350 Watt. Harga jualan Asus ME32AD ialah RM 2049 sebuah dengan papan kekunci dan tetikus. Monitor komputer tidak disertakan. Terdapat juga versi tanpa sistem operasi yang dijual pada harga RM 1599 tetapi dengan muatan dalaman hanya 500 Gigabyte.

ASUS-M32AD-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd