Cari @ Amanz

Upin Ipin MetrobotTerdapat beberapa permainan pada peranti mudah-alih menggunakan watak Upin Ipin, dan salah satu permainan yang telah diterbitkan baru-baru ini oleh LCGDI (LC Games Development Inc) adalah Upin Ipin Metrobot.

Secara kasarnya, Upin Ipin Metrobot dilihat membawakan gaya permainan seumpama Subway Surfer tetapi ditambah dengan beberapa kelainan. Salah satunya adalah kebolehan untuk berlawan dengan ketua pada penghujung setiap tahap, memerlukan pemain menembak watak tersebut dengan tap pada skrin, dan pada masa yang sama mengelak halangan yang hadir.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, atau adik yang meminati Upin dan Ipin, mungkin permainan ini boleh dimuat-turun, selain pada masa yang sama menyokong animasi yang dihasilkan rakyat tempatan. Permainan percuma ini ditawarkan untuk Android sahaja buat masa ini, dan mungkin versi iOS menyusul selepas ini.

Upin Ipin Metrobot

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd