CCleaner 5.0 Sedia Dimuat-Turun – Antaramuka Baru Dan Dioptimasikan Untuk 64-bit

CCleaner 5.0 Sedia Dimuat-Turun – Antaramuka Baru Dan Dioptimasikan Untuk 64-bit

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

CCleaner boleh dikatakan merupakan salah satu aplikasi yang digunakan ramai pengguna Windows seluruh dunia. Sebelum ini, mereka telah menguji versi 5.0 Beta, dan hari ini, aplikasi berkenaan dilancarkan secara rasminya dalam saluran stabil.

CCleaner 5.0

Melalui CCleaner 5.0 ini, ia membawakan antaramuka yang dikemaskini dengan rekaan grafik mendatar yang menjadi trend akhir-akhir ini. Disamping itu, ia turut membawakan prestasi yang lebih baik, disamping dikemaskini dengan sokongan 64-bit untuk Windows 8, Windows 8.1 dan juga Windows 10. Sokongan lain yang turut ditambah baik adalah sokongan pengurusan Chrome yang baik.

Bagi anda yang menggunakan CCleaner, anda boleh memuat-turun versi baru ini hari ini dan mencuba antaramuka baru yang dibawakan bersama-sama dengannya.

Muat-Turun CCleaner untuk Windows


TIPS & ULASAN